I know its was late, it was last year UTHM graduation day. I’ve been trying some new editing style.
Happy New Year 2012
Wishing all the best for 2012
Penghujung 2011
Tahun 2011 dah sampai ke penghujung dan akan melabuhkan tirainya. Banyak kenangan pahit manis berlaku sepanjang tahun 2011 atau secara jujur nya banyak kisah sedih dari kisah gembira yang berlaku dalam hidup aku. Tapi apa yang berlaku semua ni adalah cara Allah mengajar kita untuk menjadi seseorang yang lebih baik dari sebelumnya, sama ada kita mahu belajar dari kesilapan atau terus melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang kali.
Melihat seorang demi seorang rakan yang semakin hanyut aku mula sedih dan terfikir untuk lebih mendekatkan diri aku dengan tuhan. Mengharapkan tahun 2012 membawa lebih banyak kegembiraan dan kejayaan. Banyak perubahan besar bakal berlaku pada tahun 2012 dan aku mengharapkan semuanya berjalan dengan lancar. Sejajar dengan peningkatan umur yang dah mencapai usia suku abad iaitu 25 tahun aku dah mula takde rasa nak main-main atau bersuka ria secara melampau. Dah sampai masa nya untuk aku ubah gaya hidup aku mungkin lebih kepada islamik sebelum aku hanyut lebih jauh.
Biarlah azam yang lalu berlalu tanpa dapat dicapai, tak perlu berasa malu kerana ia masih memberi pengertian yang besar pada diri aku. Membuat insan lain gembira sudah cukup menggembirakan aku. Suatu hari masa itu akan tiba juga, semoga tahun 2012 nanti kita dapat lebih membaiki hubungan kita dengan Allah dan sesama manusia, insyaAllah.
Random #4
Random #3
Random #2
Hadap je
Aku dah lama tak buat apa yang aku suka, tidur makan semua ingat psm sampai aku dah jadi macam orang putus cinta duk termenung sana-sini. Kau takkan sedar selagi takde orang yang tegur perubahan pada diri sendiri sampai ada suatu suara yang bercakap” asal ko dah tak makan banyak sekarang ni” . Orang akan cakap alah relaks sudah baru psm 1 nak serabut sangat pasal apa, tapi masalahnya kalau setiap minggu supervisor aku buat ayat makan dalam dan push tiap minggu mana aku tak stress. Library UTHM yang duk canang gah satu Malaysia tu pun bukan ada sangat pun buku tentang micro injection, kat Malaysia ni pun ade sorang je pun yang pakar bab fabrication in micro ni.
Aku emo kat twitter pun memang takde kena mengena dengan siapa-siapa pun, jangan ada yang terasa lak susah plak aku nanti, serius bercinta dengan psm ni memang akan sentap tiap hari haha.
okey, have a nice day….
p.s : psm stand for projek sarjana muda ( fyp )
Random # 1
Sampai bila?
Aku sedar apa yang aku rasa tapi aku masih tak buat apa-apa atau sebenarnya aku takut pada bayang-bayang gelap masa lalu. Aku tak berusaha, aku hanya duduk tunggu dan lihat. Apa yang aku lihat aku coretkan di atas sehelai kertas kemudian aku renyukkan.
Tapi sampai bila?
Aku tak tahu sampai bila, aku takde jawapan.
Bila aku lihat pecahan-pecahan hidup aku, tak banyak yang berjaya, aku mula takut.
Aku bukan takut gagal aku cuma takut kehilangan…..












