Tips Asas Fotografi

20th August, 2010 - Posted by esyam - No Comments

Salam semua, hari ni aku nak review satu blog asas-asas mengedit fotografi daripada salah seorang phographer Malaysia iaitu brother Norizam Sabran. Kali terakhir aku jumpa saudara Norizam Sabran ni dekat program J.O.M outing edisi Ipoh haritu.  Kalau tak silap aku blog belajar edit gambar ni adalah blog yang baru di bina oleh saudara Norizam. Blog ni memang amat sesuai untuk mereka yang baru belajar cara-cara mengedit gambar dan aku sendiri pun dapat belajar banyak benda baru dari blog ni

Orait kalau korang berminat nak berlajar sesuatu cara-cara mengedit gambar korang bolehlah layari blog terbaru dari saudara Norizam Sabran iaitu Ijam.my.

Untuk pengetahuan korang jugak rumah sewa aku dah nak ada streamyx ahha dan aku akan mengaktifkan diri aku semula dari dunia berblogging semula, okey selamat menjalani ibadah puasa semua, have a nice day.

p.s : aku rasa sem ni aku blaja buat report je, tak habis2 ngn lab report.

Wedding Photographer

29th June, 2010 - Posted by esyam - No Comments

Zaman sekarang ni wedding photographer dah semakin ramai dan semua pun bercita-cita untuk menjadi juru foto perkahwinan kerana sudah pastilah ia boleh buat duit. Ramai orang yang berfikir ada camera dslr kira dah layak untuk mengambil gambar pengantin, benda ni yang bahaya sebenarnya in the end pengantin yang sakit hati kerana gambar macam haram. Semua pun nak beli camera dslr dan nak gantung kat leher nak show off semata-mata. Malu sebenarnya kalau gambar yang korang shoot tu setanding dengan kualiti camera phone nokia 6600 je serius malu.

Antara juru foto perkahwinan yang aku suka style dia ialah brother faisalrahim. Aku suka style dia yang simple tetapi menarik, angle yang dia guna bagi aku sangat menarik dan aku pernah terbaca dalam blog dia yang juru foto perkahwinan ni mempunyai beberapa style seperti klasik, photojurnalism, photografik dan mix. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan dia bolehlah tempah secepat yang mungkin kerana memang ramai orang berminat dengan hasil kerja dia ni.

Kepada korang yang pakai dslr tu janganlah memandang rendah mereka yang pakai compact camera entah-entah compact camera tu lagi mahal dari dslr korang, buat nya dia pakai compact camera brand leica menangis korang, terbaik dari ladang tu serius campion.

terbaik dari ladang

Okey out off topic, aku dapat tahu sejak akhir-akhir ni key word ariel peterpan dan luna maya memang naik mencanak what the hell owh ok lupa aku pun turut menyumbang sebenarnya malu la nak cakap . Kepada mereka yang minat dengan photography teruskan berkarya ok, have a nice day :)

p.s : ha2 tengok 2 semua pun nak cr video ariel peterporn, xyah le dah xde pn ekekek…..

Independent Label Clothing

1st June, 2010 - Posted by esyam - No Comments

Pasti ramai diantara kita yang tak pernah dengar kewujudan independent label clothing. Mungkin kewujudan kumpulan-kumpulan ini tidak segah kewujudan band-band independent di negara kita. Tapi sedar atau tidak kewujudan independent label clothing ini sebenarnya menunjukkan yang generasi muda masa kini sangat creative. Aku mengharapkan supaya kerajaan melihat golongan ini sebagai satu benda yang  positif dikala golongan remaja sekarang semakin dipandang serong.

Kewujudan seperti bangkit, sesak clothing, booyodrepublic, konspirasi seni dan butang clothing seharusnya patut dicontohi oleh golongan remaja, owh kita juga perlu tahu yang mereka ini tidak meminjam daripada mana-mana pihak bank hanya berbekalkan creativity dan kesungguhan dalam menjalankan perniagaan.


Ramai golongan remaja diluar sana yang telah mencapai kejayaan namun kisah kerosakan remaja lebih suka di sebarkan bukankah di dalam Islam turut disarankan supaya khabar kan lah berita gembira. Nantilah aku buat entry berkenaan dengan masalah remaja. Semoga kalian semua yang bergelar remaja di luar sana dapat menyedari kehadiran independent label clothing sebagai sesuatu yang amat positif disamping berbangga dengan karya buatan Malaysia, have a nice day semua.

p.s : aku pun dah lama tak print baju sendiri dan ramai yang tak tahu yang aku boleh print baju sendiri, nanti lah aku ceritakan pasal t-shirt printing ni.

p.s.s : owh 1 Jun dah rupanya masa tuk aktifkan chanel sport

Elmo or Emo

18th April, 2010 - Posted by esyam - No Comments

Dah lama tak buat review, kali ni aku ade satu online shopping yang sesuai untuk penggemar tshirt.  Kepada penggemar online shopping anda bolehlah cuba untuk melihat product yang terdapat di stylinonline.com. Kepada mereka yang amat menggemari icon cute iaitu elmo daripada series sesame street anda bolehlah melayari online shope tersebut ia memang sesuai untuk anda. Amat sukar untuk mendapat product elmo di Malaysia.

                  Ini Elmo

Adakah personaliti aku telah berubah dari grunge ke personaliti kanak-kanak, owh tidak sama sekali. Aku cuba mencari sesuatu yang fun dan kelainan lol. Kepada mereka yang meminati elmo sama seperti aku jom dapat kan segera tshirt yang cool ini dari stylinonline.com, oppsss! sebelum itu pastikan juga anda mempunyai card credit ataupun akaun paypal untuk bershopping, have a nice day :)

p.s : yeay MU menang hahaha

p.s.s : yeay Chelsea kalah hahahahaha.

After Midnight

27th March, 2010 - Posted by esyam - No Comments

Bismillahirrahmanirrahim

Yunalis Zara takperlu disangkal lagi, memang seorang yang berbakat besar, penghasilan lagu dan nyayiannya yang  memang sesuai untuk didengar ketika stress  mula menghantui kerana lagu-lagu yang dimainkan tidak mempunyai bit yang terlalu tinggi, memang cukup menenangkan.  Hari demi hari penghasilan lirik dan lagu oleh gadis muda ini menunjukkan peningkatan yang amat positif dan tidak mustahil beliau akan dikenang sebagai penulis lirik dan pencipta lagu yang amat disegani pada suatu hari nanti. Secara jujurnya gadis muda ini menjadi contoh positif dalam hidup aku. Mendengar lagu ini seakan memberi suatu perasaan yang berlainan dari yang sebelumnya walaupun kali pertama mendengarnya.

After Midnight

After midnight I shall kidnap you

from the world
and I’ll keep you in my room
hush now my love and hold my hand

after midnight I shall take

you to a place
where no one else should know of
hush now my love and hold my hand

you are exactly
where you’re supposed to be
and if they come for you
they would have to find me

Stay
keep me awake, keep me amazed
only for today

keep me dazed, my love is yours only

after midnight
I shall stay awake
and if you chase to
close your eyes now
hush now my love
I’ll watch you sleep

you are exactly
where you’re supposed to be
and if they come for you
they would have to find me

Stay
keep me awake, keep me amazed
only for today
keep me dazed, my love is yours only

berbekalkan gitar kapok satu persatu cord after midnight dicari akhirnya secara mudahnya aku hanya menggunakan 3 cord saja untuk disesuaikan dengan lagu after midnight ini iaitu Cm, Fm and Gm, just try it. Have a nice day :)

p.s : 27/3/2010 at 3 pm until 6 pm photoshoot for UTHM baseball cocuriculum team vs UTeM lets support them yeah!!

Pakej Bisnes T-Shirt

19th February, 2010 - Posted by esyam - 4 Comments

Tahun 2010 adalah tahun untuk orang tidak menumpukan bisnes jualan ebook, affiliate dan adsense semata-semata. Tahun ini adalah tahun untuk mencuba satu bisnes baru iaitu bisnes yang mempunyai potensi yang besar dan sentiasa mendapat sambutan. Ianya ialah bisnes t-shirt printing.

Kenapa anda juga perlu memulakan bisnes t-shirt printing ini?

1) Ramai lagi yang masih tidak sedar akan peluang bisnes t-shirt printing ini.
2) Tidak perlu simpan stok dan tidak perlu beli mesin cetak baju.
3) Boleh dilakukan secara part time dan senang nak uruskan.
4) Bisnes ini tidak akan tepu kerana sentiasa mempunyai permintaan tidak mengira musim.
5) Senang dapat untung, dan yang penting bisnes ni memang takkan rugi…

Peluang besar ini telah dibongkarkan oleh saudara Hafizi Zain, seorang usahawan t-shirt yang sudah berpengalaman lebih setahun dalam menjalankan bisnes ini dan mampu mendapat mendapat hasil jualan sehingga 6 angka… walaupun secara part time sahaja.

Ambillah peluang keemasan ini sebelum harga ebook dinaikkan lagi selepas ini. Nak tahu lebih lanjut, anda boleh layari web jualan ini:- Pakej Bisnes T-Shirt

NOTA PENTING:
Untuk mengelakkan saingan, peluang untuk mendapatkan ebook ini akan ditutup setelah target 1,000 jualan telah tercapai (untuk elakkan saingan)

500 Days Of Summer

16th February, 2010 - Posted by esyam - No Comments

 

Mungkin aku terlalu lambat untuk menonton movie ini, tapi apa yang aku boleh simpulkan movie ini mempunyai jalan cerita yang agak menarik. Apa yang aku suka dengan movie ini ialah ia disertakan dengan music latar belakang yang bersesuaian dengan jalan cerita yang disampaikan terutamnya lagu dibahagian akhir cerita ini. Bukan cerita cinta tetapi tentang percintaan diantara boy and girl.

Agak tidak adil untuk aku melabelkan movie ini dengan berapa bintang kerana selera manusia semuanya berlainan. Secara jujurnya aku suka dengan movie ini bukan hanya dengan penceritaan yang disampaikan malah pengakhiran cerita ini yang benar-benar menyuntik elimen positif dalam diri aku. So kepada sesiapa yang masih belum menonton movie ini anda boleh download di syok.org, have a nice day…

 

Dropdead Clothing

16th January, 2010 - Posted by esyam - No Comments

 

Hye semua, okey hari ni aku nak review satu online t-shirt store yang mempunyai design-design baju yang memang cool iaitu dropdeadclothing.com.  Dropdeadclothing ni memang sesuai kepada mereka yang mempunyai cita rasa yang agak berlainan  daripada orang lain kerana design yang dipaparkan diatas baju mungkin sedikit ganas kepada mereka yang agak neard  lol.

Dropdeadclothing yang bermarkas diluar negara bukan sahaja menjual t-shirt malah pelbagai accessories juga turut dijual.  Mereka juga turut menjual barangan-barangan lain seperti cardigan, jacket, jeans dan juga fun stuff yang sememangnya hot and cool.

Kesemua t-shirt yang dijual memang sesuai untuk golongan remaja masa kini yang sudah bosan dengan design-design yang terdapat di negara ini terutamanya baju-baju  ditulis dengan perkataan yang besar dan mengarut.  Seakan menjadi satu trend budak-budak sekolah memakai baju tersebut hahhh bosan sungguh…

Mereka menawarkan delivery keserata dunia dengan caj yang agak berpatutan.  Proses pembayaran boleh dilakukan dengan menggunakan credit card atau paypal.  Okey dah nampak dah baju apa aku nak beli haha byeee…..