Black And White Update
1st August, 2010 - Posted by esyam - No Comments
Tiga Segi Yang Memerangkap.
4th July, 2010 - Posted by esyam - No Comments
Hidup ni memang sukar kadang-kadang kita terperangkap di antara cita-cita, minat dan kebolehan walaupun kita sendiri pun masih samar-samar dengan apa yang kita inginkan dalam hidup ini.
Ya mungkin kita boleh ibaratkan hidup ni seperti daun kering yang mengalir dibawa arus. Kadang-kadang bebas mengalir dan kadang-kadang penuh dengan halangan.
Tapi yang pasti ia akan berhenti daripada di bawa arus samaada sekarang, kejap lagi atau akan datang tetapi yang pasti ia akan berhenti.
Kita selalu terperangkap di dalam dunia ciptaan kita sendiri, mengajar benda yang belum pasti tapi sekurang-kurangnya kita mencuba, ya ungkapan tu yang sering kita ungkapkan dengan diri sendiri.
Black And White
20th June, 2010 - Posted by esyam - 12 Comments
Aku jarang edit style hitam putih so hari ni aku nak cuba edit black and white dan aku masukkan sedikit kata-kata yang aku rasa cukup bermakna kepada diri aku sendiri. Style macam ni kita akan selalu jumpa didalam magazine terutamanya magazine skateboarding. Tips yang aku selalu dapat dari senior-senior photography ni perbanyakkan tengok foto-foto terutamanya dari luar negara, kecuali konsep kahwin orang Melayu.

Aku nak ucapkan tahniah kepada mereka yang telah berjaya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat degree terutamanya adik aku. Kepada mereka yang telah berjaya untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia kalau jumpa aku nanti kat sana just tegur je walaupun aku ni nampak macam sombong sebenarnya tidak, mana tahu kita boleh berkongsi minat yang sama, oh nak berkenalan pun takda masalah lol.
Have a nice day semua.
p.s : Siapa belum tengok video coffemate boleh dapat banyak hadiah, lumayan pulak tu jom layan Nota Cinta
blog.esyam Official Clothing
17th June, 2010 - Posted by esyam - 10 Comments
Okey seperti yang dijanjikan entry sebelum ini aku akan tunjukkan hasil design yang telah aku hasilkan dalam photoshop dan di print di atas sehelai tee kosong. Maksud print disini bukan print menggunakan printer computer tapi print kaedah silk screen.
Design ni la yang akan di print di atas baju
blok yang telah siap di expose
Memandangkan tak jumpa baju tee putih kosong so beli je lah baju blue black dan warna hitam pada design tu aku tukarkan kepada warna putih. Warna yang akan kita print di atas baju tu sebenarny boleh diubah-ubah.

Maaf aku tak dapat nak terangkan secara terperinci cara-cara untuk mencetak baju kerana terlalu panjang. Kepada sesiapa yang ada soalan yang nak tanya kat aku amatlah dialu-alukan, kalau aku boleh jawab aku jawab berdasarkan pengalaman aku menjalankan business mencetak baju selama 2 tahun. Selain mencetak t-shirt aku juga tahu serba sedikit cara untuk mencetak di atas cawan dan seramik.
Okey lah bertemu lagi dengan entry yang akan datang, next entry kita akan sama-sama cuba buat editing ala lomography, have a nice day semua.
p.s : sila layari creativeartclothing untuk maklumat lanjut berkenaan t-shirt printing.
T-Shirt Printing
12th June, 2010 - Posted by esyam - No Comments
Secara ringkasnya terdapat dua kaedah yang boleh dilakukan untuk mencetak baju iaitu yang pertama kaedah silk screen dan yang kedua kaedah heat press. Kaedah silk screen ni memerlukan blok yang dipasangkan dengan silk screen manakala heat press menggunakan mesin heat press.
Heat Press Machine
Kepada mereka yang ingin belajar cara memcetak baju dicadangkan belajar cara mencetak menggunakan kaedah silk screen terlebih dahulu kerana ia tidak memerlukan modal yang besar.
Contoh seperti design diatas ia boleh dicetak hanya dilakukan dengan menggunakan satu blok sahaja. Pada entry yang akan datang aku akan tunjukkan hasil design diatas yang telah dicetak di atas sehelai tee kosong. Ok bertemu kalian semua di entry yang akan datang, have a nice day.
p.s : untuk maklumat lanjut dengan t-shirt printing bolehlah layari creativeartclothing

Birthday And DSLR
3rd March, 2010 - Posted by esyam - No Comments
Pertama sekali aku nak ucapkan thanks kepada semua yang telah ucapkan selamat hari jadi pada aku iaitu pada 28 February yang lalu. Pada 28 February juga aku telah beli camera DSLR aku yang pertama iaitu Nikon D3000, kenapa D3000 bukan D90 pasal takde duit la kalau banyak duit dah rembat dah D90 or D300s huh. Bertahun-tahun nak beli sebelum jadi barah lebih baik aku beli, bukan nak ambil job untuk wedding pun, jauh lagi tu, apa-apa pun nikon best haha. Dah ada camera senang sikit nak buat kerja, blogging pun dah makin kurang maka kurang jugak lah income aku dari online business, maaf kepada mereka yang sering bertanya aku terpaksa berhenti kejap dari online business ni. Theme blog ni pun macam apa je, nanti lah tukar perubahan yang drastik kot. Dah lama tak update blog nak buat ayat pun seribu satu rasa ada pening+mual+mengantok huh pelik. Thanks semua bye
Singapore Trip
15th February, 2010 - Posted by esyam - No Comments
Pada 2/2/2010 bermulalah perjalanan menuju ke Singapore. Dari Johor menuju ke Singapore tak lah berapa jauh lebih kurang 2 jam perjalanan tetapi memakan masa yang agak lama apabila melalui proses pemeriksaan imigration diantar kedua-dua negara, agak mudah di Malaysia dan agak rumit di Singapore.
Destinasi pertama lepak di tepi tasik sambil melihat mercu tanda Singapore iaitu merlion. Bergambar sehingga kulit yang gelap menjadi lebih gelap lol. Agak kagum dengan proses pembangunan sebuah negara yang kecil tetapi maju, suasana yang amat berlainan di kawasan bandar iaitu agak tenang dan teratur, kebersihan menjadi keutamaan Singapore. Agak menyakitkan hati apabila melihat banyak Mitsubishi Lancer berkeliaran kesana kesini hahaha.
Jam 2.30 hingga 4.30 p.m menghabiskan masa bersantai di Arabian Street. Jam 4.30 p.m perjalanan diteruskan menuju ke destinasi seterusnya iaitu Pulau Sentosa. Perkara pertama dilakukan ialah lepak ditepi pantai sambil cuci mata ditemani dengan coca-cola yang berharga 3 dollar fuhh sungguh bessst…
Tepat jam 7.40 p.m mula beratur untuk melihat persembahan song of the sea. Teruja, kagum dan puas menonton persembahan yang unik tersebut. Jam 10 p.m perjalanan menuju pulang ke Johor, sungguh gembira berada di Singapore dan agak kecewa kerana sentiasa berjalan dengan Fadil lol aku bukan gay hahaha. Ada masa mahu pergi lagi jooomm…

Hello world!
13th December, 2009 - Posted by esyam - No Comments

Welcome to my personal blog. This is my first blog using my own domain name and hosting . Actually this is not my first blog, before this I’m always using free blog like wordprees and blogspot. I want to be more serious in internet marketing and I have to buy my own domain name and also a web hosting. Maybe I’m late to have my own domain name, but who care about it huh lol. After some review I found the best web hosting based in Malaysia and it was a NetKL Network and also the price also cheap and those would like to get your own domain name and hosting I suggest get your own domain name and web hosting right now at NetKL Network.
Happy viewing my blog (^_^)














