Hometown

4th September, 2010 - Posted by esyam - No Comments

Yeah aku sekarang sudah berada di kampung halaman selama 2 minggu dan bila aku online kat kampung aku rasa macam aku dah ketinggalan banyak perkara macam music, berita-berita luar negara dan benda-benda yang cool macam art dan photography. Semua benda ni aku terpaksa tinggalkan bila kelas dah start dan aku rasa aku macam katak bawah tempurung. Aku memang respect giler lah kat bloger-bloger yang selalu update blog even diorang pun still study macam aku gak, serious aku memang busy giler dengan report, assigment dan test.

Cerita pasal raya aku rasa biasa je, tipu la kalau aku cakap takde perasan happy langsung ada la sikit tu pun seronok pasal cuti boleh habiskan masa aku dengan photoshop dan dreamweaver dan jangan tanya aku berapa helai baju aku beli memang takde pun. Dreamweaver aku baru je nak belajar pasal dreamweaver ni dan aku ada pinjam satu buku pasal dreamweaver ni dan thanks pada someone yang sudi bagi pinjam buku ni kat aku walapun dia tak kenal aku yeah thanks again and i’m realy appreciate it.

Cuti masa untuk aku cari trick baru untuk photoshop, orait selamat berpuasa and have a nice day.

Semester Baru

18th July, 2010 - Posted by esyam - No Comments

Okey semenjak dah start class memang takde masa nak update blog owh bukan sebenarnya takde streamyx atau wireless mahupun broadband. Duduk rumah sewa memang takde masalah tapi takde line internet yang percuma macam kat hostel dulu memang masalah besar. Hanya mengharapkan belas ikhsan rakan-rakan untuk bagi pinjam broadband. Kelas hari Khamis yang paling best start jam 8-11 next class 11-2 sambung lagi 3-6 petang sampai hidung pun berair pasal taktahan dengan aircond oh almaklumlah orang kampung dah biasa main panas kat kebun. Jiran rumah sebelah yang terbaik yang karaoke pagi-pagi sabtu sampai rasa nak request satu lagu nasyid pergi tak kembali gahh nak mati kena bunuh kot pakcik ni. Meja laptop yang baru yang ada tulisan abc kat atas tu dan lepas ni takpayah susah-susah pakai calculator pasal siap ada kali-kali sekali atas meja tu haha meja yang cukup meriah.

Pergi class dengan kasut converse yang dah berusia 4 tahun dan bag sandang yang dah berusia lima tahun dengan alasan ingin mengekalkan style grunge ala-ala curt cobain padahal memang takde duit nak beli yang baru ataupun alasan yang paling kukuh tengah kumpul duit nak beli evo lancer hah memang semua pun takkan percaya okey. Takde kasut baru, baju baru mahupun seluar baru hatta guitar baru hanya ada semangat baru dan bukan semangat lamina macam tajuk lagu tu huh, situasi sekarang memang dah jatuh miskin sangat-sangat ni dan yang terakhir takde gambar baru pasal camera tinggal kat kampung supaya takde orang ajak aku pergi jalan-jalan sambil ambil gambar ya alasan yang paling berjaya. Tapi tutorial photoshop yang baru tetap ada jangan risau, doa kan yang terbaik untuk aku okey have a nice day semua :)

Menarik Atau Cantik

23rd May, 2010 - Posted by esyam - 4 Comments

Program J.O.M yang telah diadakan di KL dan Penang kini diteruskan pula untuk edisi Perak. Program Jom Outing Malaysia atau singkatannya J.O.M edisi Ipoh yang telah diadakan oleh Noorizam Sabran yang bertempat di Gunung Lang Ipoh banyak memberi manfaat pada aku. Banyak benda baru yang dapat dipelajari sepanjang sesi outing bersama saudara Noorizam Sabran, apa yang aku ingat sehingga kini ialah menarik atau cantik sesuatu gambar itu adalah dua benda yang berbeza. Sejauh mana kita dapat menerapkan element seni didalam sesuatu gambar itu yang menjadi ukuran sesuatu gambar itu manarik atau cantik.  Jom layan jap gambar-gambar yang aku shoot masa outing hari tu.

burung unta pun ada kat sini

Apa yang aku boleh cakap, memang ramai orang boleh menghasilkan gambar yang cantik tapi tak semua boleh menghasilkan gambar yang menarik. Gambar yang cantik boleh dihasilkan dengan bantuan model yang cantik, pemandangan yang indah dan subjek yang cantik. Namun dalam menghasilkan gambar yang menarik, element seni, pencahayaan, angle dan kreativiti perlu digunakan untuk menghasilkan sesuatu gambar yang menarik dan ia bukanlah sesuatu benda yang mudah.

credit to noorizamsabran untuk 2 gambar terakhir ni.


Kalau ada masa dan peluang memang aku nak keluar outing terutamanya dengan otai-otai dalam bidang photography ni, aku suka keluar dengan diorang pasal walaupun diorang dah lama dalam bidang ni tapi tak kedekut ilmu mahupun sombong, relaks je diorang ni walaupun camera power tapi tetap merendah diri.

Akhir sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada saudara Noorizam Sabran kerana telah sudi berkongsi ilmu yang amat bermanfaat itu kepada kami semua, have a nice day semua.

Jauh Di Udara

17th May, 2010 - Posted by esyam - 6 Comments

 

Aku berbicara melalui lagu,

Ciptakan aku sebuah lagu,

Akan ku nyayikan agar ia menjadi azimat,

Izinkan juga aku menyelami kehidupan yang suram itu,

Akan ku kembalikan cahaya warna itu kepada mu,

Dan ku simpan ia jauh di udara.

Home Sweet Home

10th May, 2010 - Posted by esyam - No Comments

Pulang ke kampung sambil mendendangkan lagu sweet home alabama lol. Masa pulang ada pergaduhan kecil di hentian Bukit Jalil di antara foreigner dengan orang Malaysia tapi apa aku peduli korang yang nak gaduh aku tak suruh pun haha. Aku dalam proses membetulkan kembali waktu tidor, makan dan apa-apa jelah yang dah tak betul sepanjang musim final exam hari tu, seperti kembali bernafas.

Blog telah di redesign untuk kelihatan lebih simple tetapi menarik. Banyak benda yang perlu aku rancang sepanjang musim cuti ini, oh btw good luck kepada adik  aku ( heartqah.blogspot.com ) kerana telah berjaya memasuki metrik di Kedah yang akan mendaftar pada 10/05/2010. Have a nice day, home sweet home :)

p.s : MU kalah relaks la, tggu je la next season, nasib baik la dh kt kg klau tak dh benanah telinga kena kutuk ngn dak2 chelshit lol….

Push To The Limit

1st May, 2010 - Posted by esyam - No Comments

Around 4 am right now tapi aku masih belum tido lagi huh. Masa tido pun dah lari, lepas subuh baru tido then tengah hari baru bangun huish. Ni la penangan final exam, study masa siang input pun kurang cikit so terpaksa la study waktu malam, lebih tenang dan nyaman. Minggu depan ada satu paper terakhir dan bermakna tinggal seminggu je lagi aku kat sini setelah berbulan-bulan tak balik kampung.

Tahun ni nampaknya aku makin kurang berblogging, mungkin kerana aku terlalu busy dengan assigment ataupun aku yang semakin malas sebenarnya lol. Lepas final ni aku akan lebih kerap untuk update blog termasuklah 2 -3 blog aku yang lain. Aku pun dah makin kurang layan music terutamannya band dari Malaysia. Ntah semacam satu perubahan yang drastik yang terjadi pada diri aku, mungkin disebabkan usia yang semakin meningkat cita rasa juga akan turut berubah. Apa yang aku tahu ada satu band dari Malaysia yang semakin popular iaitu Tilu band. Band ni sebenarnya dah lama add aku kat myspace mungkin aku terlepas pandang ataupun lagu diorang mmng kurang menarik, tapi kalau Tilu band ni perbanyakkan lagi genre lagu seperti Kau Bukan Aku tak mustahil mereka akan pergi lebih jauh suatu hari nanti.

Ok lah, aku pun nak sambung study, nak all out segala-galanya untuk minggu-minggu terakhir final exam ni, doa kan kejayaan aku, have a nice day :)

p.s : si kurus ini semakin kurus……..

p.s.s : eh dah 1 May rupanya…

Study Week Again

13th April, 2010 - Posted by esyam - 4 Comments

Tamat lah sudah 14 minggu sesi pembelajaran, kini tiba pula masa untuk study week. Masa untuk mengulangkaji semua ilmu yang telah dipelajari selama 14 minggu sesi pengkuliahan. Minggu-minggu terakhir boleh dikatakann minggu yang paling mencabar. Presentation, assigment dan report perlu diselesaikan dalam masa seminggu, masa tidur juga perlu dikorbankan. Tekanan semakin memunjuk apabila due date semakin hampir, tetapi apa yang boleh dikatakan sebagai seorang pelajar semua ini sudah menjadi lumrah jika bergelar sebagai seorang mahasiswa. Boleh dikatakan semua pelajar yang bergelar mahasiswa mengalami situasi yang sama, jadi berhentilah dari merungut.

Jadi untuk menghilangkan tekanan yang dialami, salah satu penawar yang paling mujarab untuk menghilang stress tersebut ialah dengan berjalan-jalan. Satu port yang tidak kurang menariknya, lebih kurang 20 minit dari Parit Raja iaitu Sengarang menjadi destinasi seterusnya untuk aktiviti photoshot dijalankan haha.

Bau bayu laut memang boleh dijadikan terapi untuk menghilangkan stress. So kepada sesiapa yang stress bolehlah datang kesini untuk berjalan-jalan. Tempat ni memang dah ramai orang pergi, tapi aku je yang baru tahu lol. Apa2 pun Sengarang memang tempat yang paling sesuai untuk sesi photoshot dijalankan.

Kepada semua pelajar UTHM selamat menduduki peperiksaan akhir semesta. Semesta ni adalah semesta terpenting dalam sejarah hidup aku, penentu hidup atau mati lol. Doa kan kejayaan aku ok, have a nice day :)

p.s : MU seri lagi nak buat cmne ish3

p.s.s : thanks to Fadil selaku model aku hari tu

Camping

6th April, 2010 - Posted by esyam - No Comments

Bismillahirrahmanirrahim

Sabtu 3 April hingga Ahad 4 April mengikuti perkemahan yang di adakan di Bekok Segamat Johor. Perkemahan ini telah disertai oleh club koko Pertahanan Awam ( JPAM ) dan Club Pertolongan Cemas ( PC ) UTHM. Perkemahan yang cukup menyeronokkan terutamanya aktiviti jungke tracking pada pagi Ahad. Perjalan sejauh 4 kilometer cukup menyeronokkan, namun sayang camera dan handphone tidak dibenarkan dibawa sekali untuk faktor keselamatan.

 

 jam 6 petang selamat sampai ke u, jam 7.40 p.m pula bergegas ke Dewan Tun Ismail Ibrahim untuk menyaksikan mini konsert yang The Times. The Times besssst dapat jumpa Naza pulak hahaha, you rock dude!.

Aktivit terakhir bagi kelab koko JPAM yang berjaya dilaksanakan dengan jayanya bagi semester ini, ucapan tahniah kepada mereka yang telah berjaya menjayakan aktiviti ini dengan sempurnya, semoga ketemu dilain waktu, have a nice day :)

p.s : aku masih tak puas hati dgn theme aku ni, nnti2 lah aku tukar, tunggu cuti nnti la jawabnya.

p.s.s : xguna btul cmne MU bleh kalah ni, mmng xpuas hati btul arghh!!

Sepetang Di Padang

27th March, 2010 - Posted by esyam - 2 Comments

Bismillahirrahmanirrahim

Hari Sabtu yang panas terik  memang sesuai tuk duduk dalam bilik  lepak je, tapi memandangkan aku dah janji dengan rakan-rakan aku untuk shoot gambar diorang  terpaksa la jugak aku gagah untuk pergi shoot lagipun hari2 diorang dah ingat kan aku untuk shoot gambar diorang friendly dengan UTeM.  Seronok gak tengok game besball ini, pertama kali aku tengok. Masih banyak yang aku perlu perbaiki untuk mendapat kan hasil gambar yang berkualiti terutamanya dari segi keyakinan aku untuk berhadapan dengan orang ramai.

Thanks kepada rakan2 aku semua kerana sudi untuk memanggil aku untuk shoot gambar diorang, sekurang2nya ada sesuatu yang dapat aku pelajari dan skill aku semakin bertambah hari demi hari, sesungguhnya aku budak baru belajar. Gambar2 ni hasil dari shoot aku dengan sahabat aku up chubby.

Tahniah kepada pasukan Kelab Koko Baseball UTHM kerana berjaya mengalahkan pasukan UTeM, alah itu pun ade selit 2 – 3 orang player masum, main jahat nampak hahaha. Walau apa-apa pun aku memang enjoy dengan korang semua hari tu, thanks semua and have a nice day :)

p.s : kepada sesiapa yang berminat untuk aku photoshoot just contact aku kalau ade masa aku cuba terutamnya student UTHM. contact aku kat facebook atau hantar email di admin@hisyamharun.com.

Salam Maal Hijrah 1431

20th December, 2009 - Posted by esyam - No Comments

DSC09788

Selamat menyambut kedatangan tahun baru bulan Islam kepada seluruh umat Islam dan bersama kita memantapkan ukhwah dan memperkasakan ummah.