Online Business?

31st December, 2009 - Posted by esyam - No Comments

Sering kita dengar pelbagai soalan diajukan seperti business apa yang boleh dijalankan di internet. Ramai diantara kita tak tahu business apa yang boleh dijalankan di internet. So kepada mereka yang berminat untuk memulakan business di internet saya syorkan anda boleh lah pergi ke forum-forum yang membincangkan tentang internet marketing ataupun perniagaan contohnya seperti forum bicarajutawan dan forum wangcyber.

Nasihat saya sebelum memulakan sesuatu perniagaan lakukan kajian terlebih dahulu. Jangan malu bertanya kerana forum memang dijadikan tempat untuk berbincang. Ramai otai-otai yang boleh membantu dan ada diantara mereka yang sudah bergelar jutawan.

Selepas dah tahu business apa yang nak dijalankan, laburkan sedikit wang untuk mencari ilmu berkenaan perniagaan yang bakal anda jalankan. Banyakkan membaca buku berkenaan perniagaan ataupun buku self enrichment. Buku-buku ini memang mahal harga nya, aaahh jangan jadi seorang yang kedekut dalam mencari ilmu jika untuk menambah ilmu pun dah berkira macam mana nak menjadi seorang usahawan yang berjaya. Membaca buku self enrichment bagi saya adalah amat penting kerana mental akan selalu down bila kita baru memulakan sesuatu perniagaan. Buku-buku seperti ini lah yang akan menaikkan semangat kita semula.

Jika soalan seperti business apa yang boleh dijalankan di internet diajukan kepada saya, saya akan mengesyorkan lakukan business t-shirt printing. Sudah hampir setahun saya melakukan business ini dan Alhamdulillah rezki tak pernah putus. Lakukan dua pendekatan perniagaan iaitu business online dan offline. Hanya dengan bermodalkan RM500 dah cukup untuk memulakan perniaagan t-shirt printing. Laburkan sedikit wang untuk belajar mencetak t-shirt. (creativeartclothing.blogspot.com)

Mulakan berniaga menggunakan blog sama ada free ataupun berbayar. Jika ingin kelihatan professional dapatkan hosting dan free domain name di NetKL.com cukup sesuai bagi permulaan. Apa yang penting sebelum melakukan perniagaan adalah ilmu, kerana ilmu adalah amat penting, ibarat masuk ke hutan tanpa ilmu sudah pasti sesat dan sentiasa cuba menjadi seorang yang sentiasa berfikiran positif (^_^)

p.s : saya bukanlah seorang professional ataupun seorang jutawan tetapi sekadar berkongsi ilmu dan idea.

Twitter Bersama Celcom

22nd December, 2009 - Posted by esyam - No Comments

Twitter-Celcom

Kini dengan kadar RM1 seminggu tanpa had, anda boleh menghantar seberapa banyak mesej yang anda inginkan ke akaun twitter anda dan kerja mengemas kini menjadi semakin  mudah. Untuk melanggan servis terbaru daripada Celcom ini, anda terlebih dahulu perlulah mempunyai akaun twitter. Selepas itu bolehlah daftarkan nombor telefon anda dengan menghantar T ke 29800. Servis terbaru daripada Celcom ini lebih menjimatkan terutamanya kepada mereka yang selalu bertwitter. Perhubungan kini menjadi semakin mudah dan menarik dengan adanya twitter. Kepada mereka yang masih belum mempunyai akaun twitter, daftar lah sekarang kerana ia percuma dan menyeronokkan dan jangan lupa add saya di http://twitter.com/esyam. Selamat bertwitter…

Salam Maal Hijrah 1431

20th December, 2009 - Posted by esyam - No Comments

DSC09788

Selamat menyambut kedatangan tahun baru bulan Islam kepada seluruh umat Islam dan bersama kita memantapkan ukhwah dan memperkasakan ummah.

Hello world!

13th December, 2009 - Posted by esyam - No Comments

DSC00564

Welcome to my personal blog. This is my first blog using my own domain name and hosting . Actually this is not my first blog, before this I’m always using free blog like wordprees and blogspot. I want to be more serious in internet marketing and I have to buy my own domain name and also a web hosting. Maybe I’m late to have my own domain name, but who care about it huh lol. After some review I found the best web hosting based in Malaysia and it was a NetKL Network and also the price also cheap and those would like to get your own domain name and hosting I suggest get your own domain name and web hosting right now at NetKL Network.
Happy viewing my blog (^_^)