Pakej Bisnes T-Shirt

19th February, 2010 - Posted by esyam - 4 Comments

Tahun 2010 adalah tahun untuk orang tidak menumpukan bisnes jualan ebook, affiliate dan adsense semata-semata. Tahun ini adalah tahun untuk mencuba satu bisnes baru iaitu bisnes yang mempunyai potensi yang besar dan sentiasa mendapat sambutan. Ianya ialah bisnes t-shirt printing.

Kenapa anda juga perlu memulakan bisnes t-shirt printing ini?

1) Ramai lagi yang masih tidak sedar akan peluang bisnes t-shirt printing ini.
2) Tidak perlu simpan stok dan tidak perlu beli mesin cetak baju.
3) Boleh dilakukan secara part time dan senang nak uruskan.
4) Bisnes ini tidak akan tepu kerana sentiasa mempunyai permintaan tidak mengira musim.
5) Senang dapat untung, dan yang penting bisnes ni memang takkan rugi…

Peluang besar ini telah dibongkarkan oleh saudara Hafizi Zain, seorang usahawan t-shirt yang sudah berpengalaman lebih setahun dalam menjalankan bisnes ini dan mampu mendapat mendapat hasil jualan sehingga 6 angka… walaupun secara part time sahaja.

Ambillah peluang keemasan ini sebelum harga ebook dinaikkan lagi selepas ini. Nak tahu lebih lanjut, anda boleh layari web jualan ini:- Pakej Bisnes T-Shirt

NOTA PENTING:
Untuk mengelakkan saingan, peluang untuk mendapatkan ebook ini akan ditutup setelah target 1,000 jualan telah tercapai (untuk elakkan saingan)

500 Days Of Summer

16th February, 2010 - Posted by esyam - No Comments

 

Mungkin aku terlalu lambat untuk menonton movie ini, tapi apa yang aku boleh simpulkan movie ini mempunyai jalan cerita yang agak menarik. Apa yang aku suka dengan movie ini ialah ia disertakan dengan music latar belakang yang bersesuaian dengan jalan cerita yang disampaikan terutamnya lagu dibahagian akhir cerita ini. Bukan cerita cinta tetapi tentang percintaan diantara boy and girl.

Agak tidak adil untuk aku melabelkan movie ini dengan berapa bintang kerana selera manusia semuanya berlainan. Secara jujurnya aku suka dengan movie ini bukan hanya dengan penceritaan yang disampaikan malah pengakhiran cerita ini yang benar-benar menyuntik elimen positif dalam diri aku. So kepada sesiapa yang masih belum menonton movie ini anda boleh download di syok.org, have a nice day…

 

Kuasa Forum

16th February, 2010 - Posted by esyam - No Comments

 

Tak dapat dinafikan kuasa forum memang cukup kuat dalam menarik jumlah bilangan trafik kedalam sesuatu blog ataupun lama web. Berforum juga dapat menambah ilmu disamping bertukar-tukar pendapat dan pandangan. Diantara forum yang saya selalu ikuti adalah forum bicara jutawan dan forum wang cyber.  Berforum juga dapat meningkatkan kredibiliti seseorang itu, lagi banyak anda dapat menjawab dan menyelesaikan masalah seseorang itu anda semakin dipandang tinggi.

Tetapi awas ikuti lah etika ketika berforum iaitu tidak menyinggung mana-mana pihak dan paling penting sekali forum bukanlah tempat untuk membuat iklan. Gunakan kreativiti anda semasa berforum agar tidak menampakkan kehadiran anda adalah untuk menarik pelawat ke blog disamping membuat iklan. Pastikan juga forum yang anda masuki bersesuaian dengan niche market yang sedang anda jalankan dan jangan lupa tinggalkan link blog anda setiap kali anda menghantar post di forum tersebut.

Kesan berforum amat positif percayalah, selamat berforum byee…

p.s : untuk mendapat maklumat lanjut tentang kuasa forum klik banner di bawah ini.

Singapore Trip

15th February, 2010 - Posted by esyam - No Comments

Pada 2/2/2010 bermulalah perjalanan menuju ke Singapore. Dari Johor menuju ke Singapore tak lah berapa jauh lebih kurang 2 jam perjalanan tetapi memakan masa yang agak lama apabila melalui proses pemeriksaan imigration diantar kedua-dua negara, agak mudah di Malaysia dan agak rumit di Singapore.

Destinasi pertama lepak di tepi tasik sambil melihat mercu tanda Singapore iaitu merlion. Bergambar sehingga kulit yang gelap menjadi lebih gelap lol.  Agak kagum dengan proses pembangunan sebuah negara yang kecil tetapi maju, suasana yang amat berlainan di kawasan bandar iaitu agak tenang dan teratur, kebersihan menjadi keutamaan Singapore. Agak menyakitkan hati apabila melihat banyak Mitsubishi Lancer berkeliaran kesana kesini hahaha.

Jam 2.30 hingga 4.30 p.m menghabiskan masa bersantai di Arabian Street. Jam 4.30 p.m perjalanan diteruskan menuju ke destinasi seterusnya iaitu Pulau Sentosa. Perkara pertama dilakukan ialah lepak ditepi pantai sambil cuci mata ditemani dengan coca-cola yang berharga 3 dollar fuhh sungguh bessst…

Tepat jam 7.40 p.m mula beratur untuk melihat persembahan song of the sea. Teruja, kagum dan puas menonton persembahan yang unik tersebut. Jam 10 p.m perjalanan menuju pulang ke Johor, sungguh gembira berada di Singapore dan agak kecewa kerana sentiasa berjalan dengan Fadil lol aku bukan gay hahaha.  Ada masa mahu pergi lagi jooomm…