Bismillahirrahmanirrahim
Hari Sabtu yang panas terik memang sesuai tuk duduk dalam bilik lepak je, tapi memandangkan aku dah janji dengan rakan-rakan aku untuk shoot gambar diorang terpaksa la jugak aku gagah untuk pergi shoot lagipun hari2 diorang dah ingat kan aku untuk shoot gambar diorang friendly dengan UTeM. Seronok gak tengok game besball ini, pertama kali aku tengok. Masih banyak yang aku perlu perbaiki untuk mendapat kan hasil gambar yang berkualiti terutamanya dari segi keyakinan aku untuk berhadapan dengan orang ramai.
Thanks kepada rakan2 aku semua kerana sudi untuk memanggil aku untuk shoot gambar diorang, sekurang2nya ada sesuatu yang dapat aku pelajari dan skill aku semakin bertambah hari demi hari, sesungguhnya aku budak baru belajar. Gambar2 ni hasil dari shoot aku dengan sahabat aku up chubby.
Tahniah kepada pasukan Kelab Koko Baseball UTHM kerana berjaya mengalahkan pasukan UTeM, alah itu pun ade selit 2 – 3 orang player masum, main jahat nampak hahaha. Walau apa-apa pun aku memang enjoy dengan korang semua hari tu, thanks semua and have a nice day
p.s : kepada sesiapa yang berminat untuk aku photoshoot just contact aku kalau ade masa aku cuba terutamnya student UTHM. contact aku kat facebook atau hantar email di admin@hisyamharun.com.















