Elmo or Emo

18th April, 2010 - Posted by esyam - No Comments

Dah lama tak buat review, kali ni aku ade satu online shopping yang sesuai untuk penggemar tshirt.  Kepada penggemar online shopping anda bolehlah cuba untuk melihat product yang terdapat di stylinonline.com. Kepada mereka yang amat menggemari icon cute iaitu elmo daripada series sesame street anda bolehlah melayari online shope tersebut ia memang sesuai untuk anda. Amat sukar untuk mendapat product elmo di Malaysia.

                  Ini Elmo

Adakah personaliti aku telah berubah dari grunge ke personaliti kanak-kanak, owh tidak sama sekali. Aku cuba mencari sesuatu yang fun dan kelainan lol. Kepada mereka yang meminati elmo sama seperti aku jom dapat kan segera tshirt yang cool ini dari stylinonline.com, oppsss! sebelum itu pastikan juga anda mempunyai card credit ataupun akaun paypal untuk bershopping, have a nice day :)

p.s : yeay MU menang hahaha

p.s.s : yeay Chelsea kalah hahahahaha.

Study Week Again

13th April, 2010 - Posted by esyam - 4 Comments

Tamat lah sudah 14 minggu sesi pembelajaran, kini tiba pula masa untuk study week. Masa untuk mengulangkaji semua ilmu yang telah dipelajari selama 14 minggu sesi pengkuliahan. Minggu-minggu terakhir boleh dikatakann minggu yang paling mencabar. Presentation, assigment dan report perlu diselesaikan dalam masa seminggu, masa tidur juga perlu dikorbankan. Tekanan semakin memunjuk apabila due date semakin hampir, tetapi apa yang boleh dikatakan sebagai seorang pelajar semua ini sudah menjadi lumrah jika bergelar sebagai seorang mahasiswa. Boleh dikatakan semua pelajar yang bergelar mahasiswa mengalami situasi yang sama, jadi berhentilah dari merungut.

Jadi untuk menghilangkan tekanan yang dialami, salah satu penawar yang paling mujarab untuk menghilang stress tersebut ialah dengan berjalan-jalan. Satu port yang tidak kurang menariknya, lebih kurang 20 minit dari Parit Raja iaitu Sengarang menjadi destinasi seterusnya untuk aktiviti photoshot dijalankan haha.

Bau bayu laut memang boleh dijadikan terapi untuk menghilangkan stress. So kepada sesiapa yang stress bolehlah datang kesini untuk berjalan-jalan. Tempat ni memang dah ramai orang pergi, tapi aku je yang baru tahu lol. Apa2 pun Sengarang memang tempat yang paling sesuai untuk sesi photoshot dijalankan.

Kepada semua pelajar UTHM selamat menduduki peperiksaan akhir semesta. Semesta ni adalah semesta terpenting dalam sejarah hidup aku, penentu hidup atau mati lol. Doa kan kejayaan aku ok, have a nice day :)

p.s : MU seri lagi nak buat cmne ish3

p.s.s : thanks to Fadil selaku model aku hari tu

Camping

6th April, 2010 - Posted by esyam - No Comments

Bismillahirrahmanirrahim

Sabtu 3 April hingga Ahad 4 April mengikuti perkemahan yang di adakan di Bekok Segamat Johor. Perkemahan ini telah disertai oleh club koko Pertahanan Awam ( JPAM ) dan Club Pertolongan Cemas ( PC ) UTHM. Perkemahan yang cukup menyeronokkan terutamanya aktiviti jungke tracking pada pagi Ahad. Perjalan sejauh 4 kilometer cukup menyeronokkan, namun sayang camera dan handphone tidak dibenarkan dibawa sekali untuk faktor keselamatan.

 

 jam 6 petang selamat sampai ke u, jam 7.40 p.m pula bergegas ke Dewan Tun Ismail Ibrahim untuk menyaksikan mini konsert yang The Times. The Times besssst dapat jumpa Naza pulak hahaha, you rock dude!.

Aktivit terakhir bagi kelab koko JPAM yang berjaya dilaksanakan dengan jayanya bagi semester ini, ucapan tahniah kepada mereka yang telah berjaya menjayakan aktiviti ini dengan sempurnya, semoga ketemu dilain waktu, have a nice day :)

p.s : aku masih tak puas hati dgn theme aku ni, nnti2 lah aku tukar, tunggu cuti nnti la jawabnya.

p.s.s : xguna btul cmne MU bleh kalah ni, mmng xpuas hati btul arghh!!