How To Add Brusheh In Adobe Photoshop #3

28th May, 2010 - Posted by esyam - No Comments

Ramai yang dah tahu cara untuk add brusheh dalam adobe photoshop dan ramai juga yang masih belum tahu cara-cara untuk add brusheh dalam adobe photoshop, orait macam biasa jom kita try buat.

Step 1 :

Okey perkara pertama sekali yang perlu korang lakukan ialah mencari brusheh yang menarik. Selalunya brusheh seperti kerawang memang cukup popular. Efek-efek kerawang ni selalu kita nampak terutamanya dalam photo wedding. Banyak lagi sebenarnya efek-efek yang menarik dan tak semestinya kerawang je, efek ray of light pun sebenarnya kita boleh buat hanya dengan menggunakan brusheh. Di sini di senaraikan beberapa web yang menyediakan brusheh secara free  photoshop brusheh, myphotoshopbrusheh. Download brusheh yang korang minat lepas tu simpan dalam folder yang mudah untuk di cari.

Step 2 :

Open photoshop then click icon brush tool pada sebelah kiri

selepas itu click pada bahagian yang telah ditandakan pada bahagia merah tersebut step by step, kemudian upload folder brusheh yang telah korang download tadi dan jangan lupa extract dulu.

Step 3 :

Selepas proses upload brusheh selesai, apa lagi buat la experiment pada mana-mana gambar korang, kalau nak buat pada white page pun takpe, practice buat doddle pun orait gak, practice make perfect ok.

Aku sebenarnya tak berapa suka tengok gambar terutamanya gambar wedding yang banyak sangat kerawang, macam bodoh je. Kerawang-kerawang ni perlu diletak mengikut kesesuaian , jangan jadi kan gambar tu semak sangat dan apa yang kita nak sampaikan melalui gambar tu yang lebih penting.

Semoga tutorial kali ini memberi manfaat pada semua, sebarang comment amat lah dialu-alukan, have a nice day semua.

 

p.s : aku ade beratus brusheh tp xprnh guna, simpn buat collection je lol..

Menarik Atau Cantik

23rd May, 2010 - Posted by esyam - 4 Comments

Program J.O.M yang telah diadakan di KL dan Penang kini diteruskan pula untuk edisi Perak. Program Jom Outing Malaysia atau singkatannya J.O.M edisi Ipoh yang telah diadakan oleh Noorizam Sabran yang bertempat di Gunung Lang Ipoh banyak memberi manfaat pada aku. Banyak benda baru yang dapat dipelajari sepanjang sesi outing bersama saudara Noorizam Sabran, apa yang aku ingat sehingga kini ialah menarik atau cantik sesuatu gambar itu adalah dua benda yang berbeza. Sejauh mana kita dapat menerapkan element seni didalam sesuatu gambar itu yang menjadi ukuran sesuatu gambar itu manarik atau cantik.  Jom layan jap gambar-gambar yang aku shoot masa outing hari tu.

burung unta pun ada kat sini

Apa yang aku boleh cakap, memang ramai orang boleh menghasilkan gambar yang cantik tapi tak semua boleh menghasilkan gambar yang menarik. Gambar yang cantik boleh dihasilkan dengan bantuan model yang cantik, pemandangan yang indah dan subjek yang cantik. Namun dalam menghasilkan gambar yang menarik, element seni, pencahayaan, angle dan kreativiti perlu digunakan untuk menghasilkan sesuatu gambar yang menarik dan ia bukanlah sesuatu benda yang mudah.

credit to noorizamsabran untuk 2 gambar terakhir ni.


Kalau ada masa dan peluang memang aku nak keluar outing terutamanya dengan otai-otai dalam bidang photography ni, aku suka keluar dengan diorang pasal walaupun diorang dah lama dalam bidang ni tapi tak kedekut ilmu mahupun sombong, relaks je diorang ni walaupun camera power tapi tetap merendah diri.

Akhir sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada saudara Noorizam Sabran kerana telah sudi berkongsi ilmu yang amat bermanfaat itu kepada kami semua, have a nice day semua.

Adobe Photoshop Tutorial #2

19th May, 2010 - Posted by esyam - No Comments

Cartoon drawing photoshop images effect, ok kepada sesiapa yang dah tahu teknik ini diam-diam sudah dan kepada mereka yang belum mengetahui teknik ini ok jom kita try buat…. 

Step 1 :

Buka gambar yang anda ingin manipulate. Pastikan image yang dibuka berada di dalam mode RGB, macam mane nak check, ok apa yang anda perlu lakukan ialah pergi ke Image under the menu bar – Mode – RGB Color.  Selepas itu duplicate layer image tersebut.

Step 2 :

Sekarang kita akan aplikasikan Poster Edge filter, apa yang perlu dilakukan ialah select Filter >Artistic > Poster Edge

Step 3 :

Selepas Poster Edge Filter diaplikasikan adjustkan Brightness & Contrast dengan nilai Brightness 10%  and Contrast  30%.

 

Step 4 :

Kemudian kita akan jadikan image tersebut kelihatan seperti cartoon, select Filter > Artistic > Cut Out, orait siap…..

 

Have a nice day :)

Jauh Di Udara

17th May, 2010 - Posted by esyam - 6 Comments

 

Aku berbicara melalui lagu,

Ciptakan aku sebuah lagu,

Akan ku nyayikan agar ia menjadi azimat,

Izinkan juga aku menyelami kehidupan yang suram itu,

Akan ku kembalikan cahaya warna itu kepada mu,

Dan ku simpan ia jauh di udara.

J.O.M ! Edisi Ipoh

14th May, 2010 - Posted by esyam - No Comments

Jom outing bersama photographer terkenal Malaysia iaitu saudara Noorizam Sabran untuk edisi Ipoh pula. Sesi outing ini akan diadakan seperti berikut :

Lokasi  : Gunung Lang Ipoh, Perak.

Masa     : Jam 8-11 pagi

Tarikh  : 15 Mei 2010 (Sabtu).

untuk maklumat lanjut mengenai program J.O.M ! anda bolehlah layari blog saudara Ijam http://noorizamsabran.com/, jumpa disana.

Adobe Photoshop Tutorial #1

11th May, 2010 - Posted by esyam - 4 Comments

Tutorial kali ini adalah teknik yang simple untuk mengedit gambar yang kurang atau senang kata gambar pudar.  Agak mengecewakan juga kalau gambar yang kita snap terutamanya moment-moment yang menarik menjadi pudar dan suram.  Gambar-gambar yang pudar ini sering terjadi jika kita menggunakan camera dari handphone. Anda boleh menggunakan perisian adobe photoshop cs4 untuk melakukan proses mengedit. Orait let’s go…

Step 1 :

Buka gambar yang nak di edit terlebih dahulu.

 

Step 2 :

Select Filter > Sharpen > Sharpen

Selepas itu select duplicate layer background dan tukarkan blend mode daripada normal kepada soft light

Step 3 :

Duplicate layer yang telah ditukar kepada soft light tadi

Kemudian select Filter > Blur > Gaussion Blur dan setkan radius 10 pixels.

Tukarkan blend mode daripada soft light kepada overlay dengan opacity 20 %

 

Step 4 :

Duplicate lagi layer tadi 

Selepas itu change blend mode daripada overlay kepada color dodge dengan opacity 10 %, orait siap….. 

                                                                              Sebelum                                                                  Selepas           

Cara ini adalah cara yang biasa aku gunakan untuk mengedit gambar, senangkan. Have a nice day…………

p.s : sesungguhnya saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan.

Home Sweet Home

10th May, 2010 - Posted by esyam - No Comments

Pulang ke kampung sambil mendendangkan lagu sweet home alabama lol. Masa pulang ada pergaduhan kecil di hentian Bukit Jalil di antara foreigner dengan orang Malaysia tapi apa aku peduli korang yang nak gaduh aku tak suruh pun haha. Aku dalam proses membetulkan kembali waktu tidor, makan dan apa-apa jelah yang dah tak betul sepanjang musim final exam hari tu, seperti kembali bernafas.

Blog telah di redesign untuk kelihatan lebih simple tetapi menarik. Banyak benda yang perlu aku rancang sepanjang musim cuti ini, oh btw good luck kepada adik  aku ( heartqah.blogspot.com ) kerana telah berjaya memasuki metrik di Kedah yang akan mendaftar pada 10/05/2010. Have a nice day, home sweet home :)

p.s : MU kalah relaks la, tggu je la next season, nasib baik la dh kt kg klau tak dh benanah telinga kena kutuk ngn dak2 chelshit lol….

Push To The Limit

1st May, 2010 - Posted by esyam - No Comments

Around 4 am right now tapi aku masih belum tido lagi huh. Masa tido pun dah lari, lepas subuh baru tido then tengah hari baru bangun huish. Ni la penangan final exam, study masa siang input pun kurang cikit so terpaksa la study waktu malam, lebih tenang dan nyaman. Minggu depan ada satu paper terakhir dan bermakna tinggal seminggu je lagi aku kat sini setelah berbulan-bulan tak balik kampung.

Tahun ni nampaknya aku makin kurang berblogging, mungkin kerana aku terlalu busy dengan assigment ataupun aku yang semakin malas sebenarnya lol. Lepas final ni aku akan lebih kerap untuk update blog termasuklah 2 -3 blog aku yang lain. Aku pun dah makin kurang layan music terutamannya band dari Malaysia. Ntah semacam satu perubahan yang drastik yang terjadi pada diri aku, mungkin disebabkan usia yang semakin meningkat cita rasa juga akan turut berubah. Apa yang aku tahu ada satu band dari Malaysia yang semakin popular iaitu Tilu band. Band ni sebenarnya dah lama add aku kat myspace mungkin aku terlepas pandang ataupun lagu diorang mmng kurang menarik, tapi kalau Tilu band ni perbanyakkan lagi genre lagu seperti Kau Bukan Aku tak mustahil mereka akan pergi lebih jauh suatu hari nanti.

Ok lah, aku pun nak sambung study, nak all out segala-galanya untuk minggu-minggu terakhir final exam ni, doa kan kejayaan aku, have a nice day :)

p.s : si kurus ini semakin kurus……..

p.s.s : eh dah 1 May rupanya…