Wedding Photographer

29th June, 2010 - Posted by esyam - No Comments

Zaman sekarang ni wedding photographer dah semakin ramai dan semua pun bercita-cita untuk menjadi juru foto perkahwinan kerana sudah pastilah ia boleh buat duit. Ramai orang yang berfikir ada camera dslr kira dah layak untuk mengambil gambar pengantin, benda ni yang bahaya sebenarnya in the end pengantin yang sakit hati kerana gambar macam haram. Semua pun nak beli camera dslr dan nak gantung kat leher nak show off semata-mata. Malu sebenarnya kalau gambar yang korang shoot tu setanding dengan kualiti camera phone nokia 6600 je serius malu.

Antara juru foto perkahwinan yang aku suka style dia ialah brother faisalrahim. Aku suka style dia yang simple tetapi menarik, angle yang dia guna bagi aku sangat menarik dan aku pernah terbaca dalam blog dia yang juru foto perkahwinan ni mempunyai beberapa style seperti klasik, photojurnalism, photografik dan mix. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan dia bolehlah tempah secepat yang mungkin kerana memang ramai orang berminat dengan hasil kerja dia ni.

Kepada korang yang pakai dslr tu janganlah memandang rendah mereka yang pakai compact camera entah-entah compact camera tu lagi mahal dari dslr korang, buat nya dia pakai compact camera brand leica menangis korang, terbaik dari ladang tu serius campion.

terbaik dari ladang

Okey out off topic, aku dapat tahu sejak akhir-akhir ni key word ariel peterpan dan luna maya memang naik mencanak what the hell owh ok lupa aku pun turut menyumbang sebenarnya malu la nak cakap . Kepada mereka yang minat dengan photography teruskan berkarya ok, have a nice day :)

p.s : ha2 tengok 2 semua pun nak cr video ariel peterporn, xyah le dah xde pn ekekek…..

Lomography Style ( Adobe Photoshop #5 )

27th June, 2010 - Posted by esyam - 6 Comments

Don’t talk to much hey ho let’s go

Step 1 : Open image


Step 2 : Select Layer > New Adjustment Layer > Levels

( refer to the image )

Step 3 : Select F7 on your keyboard then click background

Step 4 : Select Filter > Distort > Lens Correction


Step 5 : Layer > New Adjustment Layer > Brightness/ Contrast ( adjust the brightness and contrast )


note : you can do a little bit adjustment on the exposure if you want

example : cool huh!

Have a nice day :)


mesti click untuk dapat ilham click


p.s : damn! cuti nak abis dah….

Black And White

20th June, 2010 - Posted by esyam - 12 Comments

Aku jarang edit style hitam putih so hari ni aku nak cuba edit black and white dan aku masukkan sedikit kata-kata yang aku rasa cukup bermakna kepada diri aku sendiri. Style macam ni kita akan selalu jumpa didalam magazine terutamanya magazine skateboarding. Tips yang aku selalu dapat dari senior-senior photography ni perbanyakkan tengok foto-foto terutamanya dari luar negara, kecuali konsep kahwin orang Melayu.

Aku nak ucapkan tahniah kepada mereka yang telah berjaya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat degree terutamanya adik aku. Kepada mereka yang telah berjaya untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia kalau jumpa aku nanti kat sana just tegur je walaupun aku ni nampak macam sombong  sebenarnya tidak, mana tahu kita boleh berkongsi minat yang sama, oh nak berkenalan pun takda masalah lol.

Have a nice day semua.

p.s : Siapa belum tengok video coffemate boleh dapat banyak hadiah, lumayan pulak tu jom layan  Nota Cinta

blog.esyam Official Clothing

17th June, 2010 - Posted by esyam - 10 Comments

Okey seperti yang dijanjikan entry sebelum ini aku akan tunjukkan hasil design yang telah aku hasilkan dalam photoshop dan di print di atas sehelai tee kosong.  Maksud print disini bukan print menggunakan printer computer tapi print kaedah silk screen.

Design ni la yang akan di print di atas  baju


blok yang telah siap di expose


Memandangkan tak jumpa baju tee putih kosong so beli je lah baju blue black dan warna hitam pada design tu aku tukarkan kepada warna putih. Warna yang akan kita print di atas baju tu sebenarny boleh diubah-ubah.


Maaf aku tak dapat nak terangkan secara terperinci cara-cara untuk mencetak baju kerana terlalu panjang. Kepada sesiapa yang ada soalan yang nak tanya kat aku amatlah dialu-alukan, kalau aku boleh jawab aku jawab berdasarkan pengalaman aku menjalankan business mencetak baju selama 2 tahun. Selain mencetak t-shirt aku juga tahu serba sedikit cara untuk mencetak di atas cawan dan seramik.

Okey lah bertemu lagi dengan entry yang akan datang, next entry kita akan sama-sama cuba buat editing ala lomography, have a nice day semua.

p.s : sila layari creativeartclothing untuk maklumat lanjut berkenaan t-shirt printing.

T-Shirt Printing

12th June, 2010 - Posted by esyam - No Comments

Secara ringkasnya terdapat dua kaedah yang boleh dilakukan untuk mencetak baju iaitu yang pertama kaedah silk screen dan yang kedua kaedah heat press. Kaedah silk screen ni memerlukan blok yang dipasangkan dengan silk screen manakala heat press menggunakan mesin heat press.

Heat Press Machine


Kepada mereka yang ingin belajar cara memcetak baju dicadangkan belajar cara mencetak menggunakan kaedah silk screen terlebih dahulu kerana ia tidak memerlukan modal yang besar.

Contoh seperti design diatas ia boleh dicetak hanya dilakukan dengan menggunakan satu blok sahaja. Pada entry yang akan datang aku akan tunjukkan hasil design diatas yang telah dicetak di atas sehelai tee kosong. Ok bertemu kalian semua di entry yang akan datang, have a nice day.

p.s : untuk maklumat lanjut dengan t-shirt printing bolehlah layari creativeartclothing

Editing Ala HDR ( Adobe Photoshop ) #4

5th June, 2010 - Posted by esyam - 4 Comments

Tutorial kali ini adalah editing ala HDR ni bukan HDR tapi orang yang ajar cakap ni ala HDR, malu lah nak cakap saya ni bukan pandai photoshop. Jom kita try jadi ka tidak hey ho lets go.

Step 1 :

Buka gambar yang hendak di edit terlebih dahulu dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop CS

Nur Alisya Asyura

Step 2 :

Select Image > Adjustment > Shadow/Highlight, kemudian set kan nilai shadow dengan nilai 50% dan highlight dengan nilai 53% lepas itu klik OK



Step 3 :

Duplicate layer background

Step 4 :

Select Image > Adjustment > Desaturate ( Shift+Ctrl+U )

Step 5 :

Di bahagian Layer tukar mode Normal kepada Hard Light


Step 6 :

Done!!! yeay…


Gambar dibawah ini adalah beberapa contoh sebelum dan selepas di edit. Mungkin ia tidak sama dengan penghasilan HDR bagi aku selagi gambar itu cantik dan menarik tak salah untuk kita mencuba.

Before & After

Before & After

Before & After

Proses mengedit agak mudah untuk dilakukan, thanks kepada model si kecil Nur Alisya Asyura 1 tahun, have a nice day semua.

p.s : kalau suka click button LIKE ok

Independent Label Clothing

1st June, 2010 - Posted by esyam - No Comments

Pasti ramai diantara kita yang tak pernah dengar kewujudan independent label clothing. Mungkin kewujudan kumpulan-kumpulan ini tidak segah kewujudan band-band independent di negara kita. Tapi sedar atau tidak kewujudan independent label clothing ini sebenarnya menunjukkan yang generasi muda masa kini sangat creative. Aku mengharapkan supaya kerajaan melihat golongan ini sebagai satu benda yang  positif dikala golongan remaja sekarang semakin dipandang serong.

Kewujudan seperti bangkit, sesak clothing, booyodrepublic, konspirasi seni dan butang clothing seharusnya patut dicontohi oleh golongan remaja, owh kita juga perlu tahu yang mereka ini tidak meminjam daripada mana-mana pihak bank hanya berbekalkan creativity dan kesungguhan dalam menjalankan perniagaan.


Ramai golongan remaja diluar sana yang telah mencapai kejayaan namun kisah kerosakan remaja lebih suka di sebarkan bukankah di dalam Islam turut disarankan supaya khabar kan lah berita gembira. Nantilah aku buat entry berkenaan dengan masalah remaja. Semoga kalian semua yang bergelar remaja di luar sana dapat menyedari kehadiran independent label clothing sebagai sesuatu yang amat positif disamping berbangga dengan karya buatan Malaysia, have a nice day semua.

p.s : aku pun dah lama tak print baju sendiri dan ramai yang tak tahu yang aku boleh print baju sendiri, nanti lah aku ceritakan pasal t-shirt printing ni.

p.s.s : owh 1 Jun dah rupanya masa tuk aktifkan chanel sport