Lens Flare (Adobe Photoshop #6)

24th July, 2010 - Posted by esyam - 4 Comments

Kadang-kadang kewujudan lens flare pada gambar kalau kena dengan cara nya memang cantik. Aku tak tahu kalau orang panggil ini effect atau apa dan aku telah nampak lens flare ni pada gambar seorang photographer luar negara dan aku telah d.i.y sendiri cara ni, mungkin songsang sikit tapi ni cara aku mudah dan simple, okey jom kita buat sama-sama.

Step 1 :

Open image

Step 2 :

Create new layer dan warna kan keseluruhan layer baru tersebut dengan warna hitam

Step 3 :

Select Filter > Render > Lens Flare then click ok

Step 4 :

Laraskan opacity dengan nilai 37 % atau laraskan dengan tidak terlalu terang dan tidak terlalu gelap.

Step 5 :

Kewujudan lens flare tidak berapa kelihatan, laraskan kepekatan lens flare dengan menekan Ctrl+F



Walaupun ia kelihatan agak simple tetapi ia memberi sedikit sebanyak kelainan pada gambar tersebut, okey semoga tutorial kali ini memberi manfaat pada kalian semua have a nice day.

Jom Click Chill-Lah

Semester Baru

18th July, 2010 - Posted by esyam - No Comments

Okey semenjak dah start class memang takde masa nak update blog owh bukan sebenarnya takde streamyx atau wireless mahupun broadband. Duduk rumah sewa memang takde masalah tapi takde line internet yang percuma macam kat hostel dulu memang masalah besar. Hanya mengharapkan belas ikhsan rakan-rakan untuk bagi pinjam broadband. Kelas hari Khamis yang paling best start jam 8-11 next class 11-2 sambung lagi 3-6 petang sampai hidung pun berair pasal taktahan dengan aircond oh almaklumlah orang kampung dah biasa main panas kat kebun. Jiran rumah sebelah yang terbaik yang karaoke pagi-pagi sabtu sampai rasa nak request satu lagu nasyid pergi tak kembali gahh nak mati kena bunuh kot pakcik ni. Meja laptop yang baru yang ada tulisan abc kat atas tu dan lepas ni takpayah susah-susah pakai calculator pasal siap ada kali-kali sekali atas meja tu haha meja yang cukup meriah.

Pergi class dengan kasut converse yang dah berusia 4 tahun dan bag sandang yang dah berusia lima tahun dengan alasan ingin mengekalkan style grunge ala-ala curt cobain padahal memang takde duit nak beli yang baru ataupun alasan yang paling kukuh tengah kumpul duit nak beli evo lancer hah memang semua pun takkan percaya okey. Takde kasut baru, baju baru mahupun seluar baru hatta guitar baru hanya ada semangat baru dan bukan semangat lamina macam tajuk lagu tu huh, situasi sekarang memang dah jatuh miskin sangat-sangat ni dan yang terakhir takde gambar baru pasal camera tinggal kat kampung supaya takde orang ajak aku pergi jalan-jalan sambil ambil gambar ya alasan yang paling berjaya. Tapi tutorial photoshop yang baru tetap ada jangan risau, doa kan yang terbaik untuk aku okey have a nice day semua :)

Tiga Segi Yang Memerangkap.

4th July, 2010 - Posted by esyam - No Comments

Hidup ni memang sukar kadang-kadang kita terperangkap di antara cita-cita, minat dan kebolehan walaupun kita sendiri pun masih samar-samar dengan apa yang kita inginkan dalam hidup ini.

Ya mungkin kita boleh ibaratkan hidup ni seperti daun kering yang mengalir dibawa arus. Kadang-kadang bebas mengalir dan kadang-kadang penuh dengan halangan.

Tapi yang pasti ia akan berhenti daripada di bawa arus samaada sekarang, kejap lagi atau akan datang tetapi yang  pasti ia akan berhenti.

Kita selalu terperangkap di dalam dunia ciptaan kita sendiri, mengajar benda yang belum pasti tapi sekurang-kurangnya kita mencuba, ya ungkapan tu yang sering kita ungkapkan dengan diri sendiri.

Read the rest of this entry »