Tiga Segi Yang Memerangkap.
4th July, 2010 - Posted by esyam - No Comments
Hidup ni memang sukar kadang-kadang kita terperangkap di antara cita-cita, minat dan kebolehan walaupun kita sendiri pun masih samar-samar dengan apa yang kita inginkan dalam hidup ini.
Ya mungkin kita boleh ibaratkan hidup ni seperti daun kering yang mengalir dibawa arus. Kadang-kadang bebas mengalir dan kadang-kadang penuh dengan halangan.
Tapi yang pasti ia akan berhenti daripada di bawa arus samaada sekarang, kejap lagi atau akan datang tetapi yang pasti ia akan berhenti.
Kita selalu terperangkap di dalam dunia ciptaan kita sendiri, mengajar benda yang belum pasti tapi sekurang-kurangnya kita mencuba, ya ungkapan tu yang sering kita ungkapkan dengan diri sendiri.
Ini lah dunia, kita kena belajar menghadapi takdir iaitu perjanjian diantara kita dengan Allah s.w.t ketika di alam roh lagi. Dunia bukan sekadar hitam dan putih.
Cita-cita, minat dan kebolehan suatu benda yang sukar untuk kita huraikan
Tetapi apa yang pasti dunia adalah sebagai tempat persinggahan, semua pun tahu, aku tahu kalian juga tahu
p.s : Support this campaign CLICK
Posted on: July 4, 2010
Filed under: RANDOM








No Comments
No Comments
Leave a reply