Semester Baru
18th July, 2010 - Posted by esyam - No Comments
Okey semenjak dah start class memang takde masa nak update blog owh bukan sebenarnya takde streamyx atau wireless mahupun broadband. Duduk rumah sewa memang takde masalah tapi takde line internet yang percuma macam kat hostel dulu memang masalah besar. Hanya mengharapkan belas ikhsan rakan-rakan untuk bagi pinjam broadband. Kelas hari Khamis yang paling best start jam 8-11 next class 11-2 sambung lagi 3-6 petang sampai hidung pun berair pasal taktahan dengan aircond oh almaklumlah orang kampung dah biasa main panas kat kebun. Jiran rumah sebelah yang terbaik yang karaoke pagi-pagi sabtu sampai rasa nak request satu lagu nasyid pergi tak kembali gahh nak mati kena bunuh kot pakcik ni. Meja laptop yang baru yang ada tulisan abc kat atas tu dan lepas ni takpayah susah-susah pakai calculator pasal siap ada kali-kali sekali atas meja tu haha meja yang cukup meriah.
Pergi class dengan kasut converse yang dah berusia 4 tahun dan bag sandang yang dah berusia lima tahun dengan alasan ingin mengekalkan style grunge ala-ala curt cobain padahal memang takde duit nak beli yang baru ataupun alasan yang paling kukuh tengah kumpul duit nak beli evo lancer hah memang semua pun takkan percaya okey. Takde kasut baru, baju baru mahupun seluar baru hatta guitar baru hanya ada semangat baru dan bukan semangat lamina macam tajuk lagu tu huh, situasi sekarang memang dah jatuh miskin sangat-sangat ni dan yang terakhir takde gambar baru pasal camera tinggal kat kampung supaya takde orang ajak aku pergi jalan-jalan sambil ambil gambar ya alasan yang paling berjaya. Tapi tutorial photoshop yang baru tetap ada jangan risau, doa kan yang terbaik untuk aku okey have a nice day semua
Posted on: July 18, 2010
Filed under: REALITY


No Comments
No Comments
Leave a reply